Saturday, September 12, 2015

Antara Dua Buah Desa

Adakah penantian itu memberikan harapan,Atau sekadar satu penyiksaan?Antara DUA Buah Desa~ Aku tetap di sini,di kerusi ini,menunggu mu...berteman bebunga dan dedaun gugur,sehingga aku tiada...bisakah aku bertemu dengan mu?Tetap menunggu,Sehingga aku tiada.Dan, kau...Akan kembali, buka...

Wednesday, April 29, 2015

Dendam Kubur 2. Fragmen 1

Dendam Kubur 2. Fragmen 1 Petang itu agak mendung. Angin berpuput lembut memesrai daun di pohon.Tidak lama lagi burung akan pulang ke sarang. Mentari tidak memancar cerah, cahayanya dilindungi oleh awan yang sedikit kelabu. Awan pula berarak perlahan. Di bendang, kelihatan beberapa orang petani sedang bersiap sedia untuk pulang. Mereka mengemaskan peralatan menuai. Seorang anak kecil berlari ke arah ibunya. Ibunya menjerit kepada anak kecil itu....

Tuesday, March 17, 2015

WHY ME : Mengapa Harus Aku.Fragmen 1

WHY ME : Mengapa Harus Aku.Fragmen 1 Sebuah kisah tentang buli.Kepada mereka yang pernah dibuli. Keadaan di dalam bilik itu amat sejuk. Terdapat beberapa orang di dalam bilik itu. Enam lelaki dan lima perempuan.  Dalam bulatan, mereka duduk di atas kerusi. Dari riak wajah mereka, tidak banyak yang boleh diperkatakan. Mereka hanya berdiam diri dan tidak pasti. Ada yang keliru.Namun, salah seorang daripada mereka tampaknya berkeyakinan....

Monday, March 16, 2015

Kristina.Fragmen 10

Kristina... Fragmen 10. Kristina melihat jam di pergelangan tangannya. Waktu sudah menunjukkan pukul 3.00 petang. Keadaan di dalam bilik kelas agak riuh. Namun begitu, agak terjaga. Tiada murid yang berjalan ke sana dan ke mari. Tetap juga mereka mengusik sesama sendiri. Hari ini perjumpaan Kelab Fotografi. Ramai juga yang datang, terutama ahli baru dari Tingkatan 1. Tidak lama, satu susuk tubuh masuk ke dalam kelas. Lelaki itu mengepit fail...

Friday, February 27, 2015

J.O.S. Kehidupanku.Fragmen 1-2.

J.O.S. Kehidupanku.Fragmen 1-2. J.O.S. Kehidupanku.Fragmen 1 Mentari pagi merangkak perlahan di ufuk timur.Kicau burung melagukan simfoni alam.Ayam jantan berkokok di reban. Embun pagi yang menumpang di daun, perlahan menyimbah bumi .Hidup. Aku masih lagi hidup. Perlahan aku menarik nafas.Dalam-dalam.kemudian kuhembus perlahan. Ku diam sejenak. Berdoa di dalam hati. “Terima kasih Tuhan kerana memberiku satu hari lagi.Dan ku berharap ia menjadi...