WHY ME : Mengapa
Harus Aku.Fragmen 1
Sebuah kisah
tentang buli.Kepada mereka yang pernah dibuli.
Keadaan di dalam
bilik itu amat sejuk. Terdapat beberapa orang di dalam bilik itu. Enam lelaki
dan lima perempuan. Dalam bulatan,
mereka duduk di atas kerusi. Dari riak wajah mereka, tidak banyak yang boleh
diperkatakan. Mereka hanya berdiam diri dan tidak pasti. Ada yang keliru.Namun,
salah seorang daripada mereka tampaknya berkeyakinan. Dia memegang sebuah buku
catatan dan pen. Mungkin bukan di kalangan mereka. Barangkali seorang guru atau
kaunselor. Atau tenaga pengajar di situ. Gadis itu memerhati mereka yang ada di
sekelilingnya. Dia melemparkan senyuman.
Tetapi tidak berbalas. Tetapi gadis itu tidak mudah patah semangat. Dia mengatur susun rambutnya. Dan kemudian
bersuara, “ Selamat petang semua.Nama saya Isabel. Saya kaunselor di sini.
Baiklah, saya lihat tidak ramai yang datang.Tapi, tak mengapa. Terima kasih
kerana sudi hadir dalam perkongsian ini. Sebelum itu, apa kata kita berkenalan
terlebih dahulu? Kita mulakan dari tepi saya ini. Siapa nama saudara?” tanya
Isabel. Tidak lama, lelaki memperkenalkan dirinya. “Nama saya Brian,”katanya.
“Baiklah, seterusnya,”kata Isabel pula. Masing-masing memperkenalkan diri
mereka. Kemudian, mereka membuat aktiviti
‘ice breaking’. Sekarang ini, mereka sudah mula menampakkan perubahan.
Sudah ada riak ceria di wajah mereka. Ada yang sudah mula tersenyum. Sesudah
aktiviti ‘ice breaking’ Isabel pun memberikan penerangan yang lebih lanjut. “
Baiklah, semua sudah maklum tujuan kita berkumpul petang ini, kan? Sebab kita
hendak berkongsi mengenai diri kita yang pernah dibuli, sama ada sewaktu
kanak-kanak, remaja, atau masa sekarang ini. Di samping itu, perkongsian ini
juga sebagai pemberi motivasi kepada kita dalam menjalani hidup selepas
ini.Saya tahu, bukan mudah apabila kita terpaksa mengharungi semua ini. Saya
cukup berbangga kerana saudara dan saudari berani tampil untuk berkongsi
masalah. Ada di antara rakan kita yang masih bingung di luar sana. Malah ada
juga yang sudah kehilangan nyawa akibat buli. Baiklah, siapa yang hendak
berkongsi pengalamannya terlebih dahulu?,”tanya Isabel. Isabel memerhati sekeliling. Agak lama juga,
tiada yang mengangkat tangan. “Ya, ada siapa?,” tanya Isabel lagi. Akhirnya
seorang lelaki mengangkat tangan. “Ya, Steve. Silakan,”kata Isabel. Lelaki itu
memandang Isabel dan yang lain. “Boleh saya berkongsi pengalaman saya?,” tanya
lelaki itu. “Ya, boleh Steve. Silakan” kata Isabel. Lelaki itu menarik nafasnya
sekejap. Kemudian menghembuskannya. Isabel dan yang lain terdiam.Mereka
menunggu lelaki itu menyambung bicaranya. Akhirnya, dia bersuara, “Begini
ceritanya...”
0 comments:
Post a Comment