Zaman-Zaman Keriangan
(Warna Sari Kehidupan)
Tanah lapang di
belakang rumah
Pernah jadi arena rakan
sepermainan
Bermain guli dan tikam
selipar
Diseri tempik sorak,
derai tawa
Sesekali menangis guli
pecah
Lebihnya suka orang
lain kalah
Zaman yang penuh keriangan
Suatu waktu anak-anak
hingusan.
Petang-petang begini
Siap sudah ketul-ketul
batu
Kayu bercabang terselit
kemas
Antara seluar getah dan
punggung berisi
Tempatnya di hutan
tebal menjejak
Jauh tidak dari tanah
lapang
Jenis apakah bertuah
ini kali?
Zaman yang penuh
keriangan
Suatu waktu hendak akil
baligh.
Di bangku kayu di bawah
pohon sena
Duduk-duduk merpati dua
sejoli
Beg, buku-buku dan alat
tulis tumpang sekaki
Tunggu dulu nanti ulang
kaji
Kerana ini masa untuk
bermadah
Ini masa untuk pantun seloka
Zaman yang penuh
keriangan
Suatu waktu sudah masuk
remaja.
Sabtu pagi yang tenang
dan damai
Hari terindah alam
dewasa
Mengekal bahagia
menguji hati
Tika saat-saat
mendatang
Perasaan tiada
terbayangkan
Bila mendengar tangisan
pertama
Kini sudah bergelar
ayah
Kini sudah bergelar ibu
Zaman yang penuh
keriangan
Suatu waktu sudah
berumahtangga.
Zaman-zaman keriangan
Yang tetap diingati
sememangnya
Mengajar erti masa
kerinduan
Di kala sepi begini;
permata hati di perantauan
Saat diri dimamah usia
Mampukah diulang lagi?
Zaman-zaman keriangan
Warna sari kehidupan
Hadirnya hanya sekali.
Am
Nass, 28.3.2014
0 comments:
Post a Comment